BERITA TERKINI   PM Anwar seru dunia Islam untuk bekerjasama dan mengukuhkan asas bermula dengan ekonomi terutamanya dalam industri halal yang bernilai US$3 trilion di seluruh dunia | Kewangan Islam sepatutnya bukan hanya sekadar tanpa "riba" dan perlu memperkenalkan inovasi baharu - PM Anwar | PM Anwar menyeru negara-negara Islam dan negara jiran bekerjasama dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. | 

Terdapat 14 berita berdasarkan kata kunci carian "malaysia airlines"

Radar 'Sepi' Selepas Syarikat Penerbangan Global Batal, Ubah Laluan Susulan Konflik

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 8 Mei (Bernama) -- Kelancaran perjalanan udara global bertukar menjadi kelam-kabut pada pagi Rabu susulan tindakan drastik syarikat penerbangan dunia membatalkan perkhidmatan selain melencongkan laluan yang merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah selepas penutupan ruang udara Pakistan.

Syarikat Penerbangan Ubah Laluan Susulan Penutupan Ruang Udara Pakistan

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia Airlines mengubah laluan dua penerbangannya iaitu MH2 dan MH22 berikutan penutupan ruang udara Pakistan pada 6 Mei 2025.

MAVCOM Laporkan 99 Peratus Aduan Pada Separuh Kedua 2024 Telah Diselesaikan

KUALA LUMPUR, April 22 (Bernama) -- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Terus Ke Brisbane Bermula November 2025

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd mengumumkan penyambungan semula penerbangan terus ke Brisbane, ibu negeri Queensland, Australia mulai 29 Nov ini.

British Airways, Malaysia Airlines Perluas Perkongsian Kod, Teruskan Semula Laluan Heathrow-KLIA

SEPANG, 2 April (Bernama) -- British Airways bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk memperluaskan perjanjian perkongsian kod mereka dengan menawarkan kepada pengembara lebih banyak pilihan perjalanan ke Eropah.

Malaysia Airlines Beri Amaran Akaun Khidmat Pelanggan Palsu Di Laman Media Sosial

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) --Malaysia Airlines menasihati pelanggannya agar berhati-hati dengan mesej atau komen yang mencurigakan daripada akaun palsu di laman media sosial yang berpura-pura menjadi wakil khidmat pelanggan mereka.

Syarikat Penerbangan Tempatan Tidak Batal Penerbangan Susulan Gempa Bumi Myanmar

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia tidak membatalkan mana-mana penerbangan susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat.

British Airways Kembali Semula Ke KLIA Pada 2 April - MAHB

PERTH, 26 Mac (Bernama) -- British Airways bersedia untuk menyambung semula operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan harian Boeing 787-9 antara London Heathrow dan Kuala Lumpur bermula 2 April, 2025, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Malaysia Airlines Sambung Semula Penerbangan Ke London

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London hari ini.

MAG Tempah 60 Enjin CFM Leap Untuk Pesawat Boeing 737 Max

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dan CFM International (CFM) telah mengumumkan pesanan untuk enjin 60 CFM Leap-1B termasuk alat ganti tambahan kepada armada baharu MAG yang merangkumi 30 pesawat Boeing 737 Max.

Empat Penerbangan Malaysia Airlines Ke London Terjejas Disebabkan Penutupan Lapangan Terbang Heathrow

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom kata Malaysia Aviation Group (MAG).

Boeing Akan Tingkatkan Tenaga Kerja Malaysia Sebanyak 20 Peratus Bagi Menyokong MAG

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Presiden Boeing Global Brendan Nelson mengumumkan syarikat itu akan meningkatkan tenaga kerjanya di Malaysia sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang bertujuan mengukuhkan komitmennya terhadap industri aeroangkasa negara.