Terdapat 151 berita berdasarkan kata kunci carian "seda"

Kerajaan Lunas Bayaran Balik Lebihan Cukai RM14.7 Bilion Sehingga 30 Jun 2026 - MoF

KUALA LUMPUR, Julai 15 (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.7 bilion melibatkan 3.17 juta kes pembayar cukai sehingga 30 Jun 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Akaun Aktif BNPL Meningkat Kepada Lapan Juta Pada Suku Pertama 2026 - MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jumlah pemegang akaun ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) yang aktif meningkat kepada lapan juta bagi suku pertama 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

SD Guthrie Jual Tanah Di Kuala Selangor Pada RM798.31 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- SD Guthrie Bhd memeterai dua perjanjian jual dan beli (SPA) bersyarat untuk menjual tanah pegangan bebas di Kuala Selangor pada harga RM798.31 juta.

DRB-Hicom Kaji Buka Kilang Pemasangan Kenderaan Proton, Modenas Di Algeria - Duta

Oleh Shakir Husain

HYDERABAD, 15 Julai (Bernama) -- Konglomerat Malaysia, DRB-Hicom Bhd, sedang mengkaji kemungkinan menubuhkan kilang pemasangan kenderaan di Algeria bagi meneroka peluang pengembangan ke dalam pasaran automotif di Afrika Utara, menurut Duta Besar Malaysia ke Algeria Datuk Rizany Irwan Muhamad Mazlan.

Malaysia Seiring Dengan Aliran Asia Pasifik Dalam Peningkatan Pelaburan AI

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia seiring dengan aliran yang lebih meluas di rantau Asia Pasifik apabila organisasi mempercepatkan pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) meskipun berdepan cabaran untuk mencapai pulangan yang boleh diukur, menurut International Data Corporation (IDC).

Pasaran Hartanah Malaysia Kekal Disokong Infrastruktur, Aset Khusus

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.

Tiada Keperluan Ubah Unjuran Belanjawan 2027 Setakat Ini - Liew

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Tiada keperluan untuk mengubah unjuran semasa bagi Belanjawan 2027 berdasarkan prestasi kewangan kerajaan pada separuh pertama 2026, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Enest Group Tingkat Pengeluaran Dengan Kemudahan Baharu Di Kajang

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Enest Group Bhd merancang menggandakan kapasiti pengeluaran sarang burung walit menerusi pembangunan kemudahan pembuatan baharu di Kajang yang dijangka mula beroperasi pada 2028.

Malaysia Kekal Teraju Pasaran IPO Di Asia Tenggara Pada Separuh Pertama 2026 - Deloitte

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal antara yang paling aktif di Asia Tenggara serta terus menerajui rantau ini dari segi jumlah dana IPO yang dikumpul dan bilangan penyenaraiannya, menurut Laporan Tinjauan Pertengahan Tahun IPO Asia Tenggara 2026 oleh Deloitte.

MATRADE Sasar Memudah Cara Lebih 120 Sesi Padanan Perniagaan Di Pavilion WiEX@MIHAS 2026

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan untuk memudah cara lebih 120 sesi pemadanan perniagaan bagi syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dalam Pavilion Women in Export (WiEX) di WiEX@MIHAS.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Ketidaktentuan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa berikutan ketidaktentuan di Selat Hormuz yang meningkatkan harga minyak mentah global, kata penganalisis.

Krisis Bekalan Global: PM Arah MITI, Kementerian Ekonomi Adakan Libat Urus Dengan Industri Pembuatan

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Kementerian Ekonomi telah diarahkan untuk melaksanakan libat urus lanjut dengan pemain industri pembuatan yang sedang berdepan tekanan akibat krisis bekalan global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.