3jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Malaysia perlu memperkukuh komitmen terhadap keselamatan tenaga dalam mendepani ketidaktentuan global yang meningkat, dengan kerajaan giat mengadakan perbincangan dengan pelabur mengenai kepentingan memastikan bekalan tenaga stabil dan dipercayai, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia menggesa pelabur Jepun supaya memperkukuh penglibatan mereka dalam ekosistem semikonduktor negara dan melangkaui aktiviti pemasangan dengan meneroka segmen bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu, pembungkusan termaju, penyelidikan dan pembangunan (R&D), sektor hijau serta pembangunan bakat tempatan.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu menampilkan diri sebagai pilihan yang dipercayai dan meyakinkan tatkala pelabur sedang menilai semula risiko akibat krisis di Asia Barat, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pelaburan bernilai RM30 bilion oleh Intel Corporation dalam fasiliti pembungkusan semikonduktor termaju di Malaysia dilihat sebagai pemacu utama fasa seterusnya industri cip negara, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kenaikan harga minyak dunia bukan sahaja memberi tekanan kepada negara pengimport minyak, malah turut memberi kesan kepada negara pengeluar minyak seperti Malaysia, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Status Malaysia sebagai pengeluar minyak dan pendapatan yang dijana daripada sektor itu membantu kerajaan melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga tenaga, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan sejumlah RM426.7 bilion bagi pelaburan diluluskan dalam 2025 yang juga pencapaian tertinggi pernah diraih, melonjak sebanyak 11 peratus berbanding RM384.4 bilion pada 2024.