ASEAN Belum Putuskan Tarikh Mesyuarat Khas Pemimpin Bincang Tarif AS
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, dalam usaha menetapkan tarikh Mesyuarat Khas Pemimpin untuk membincangkan hala tuju blok tersebut dalam menangani dan mengurangkan potensi gangguan terhadap perdagangan serantau disebabkan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).