Terdapat 266 berita berdasarkan kata kunci carian "th"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan Wall Street semalaman susulan tekanan inflasi di Amerika Syarikat (AS) yang semakin reda meningkatkan sentimen pelabur ke atas aset berisiko.

Ringgit Mengukuh Susulan Data AS Yang Lemah Beri Tekanan Pada Dolar

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini, disokong data ekonomi AS yang lebih lemah daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Melemah Susulan Lonjakan Dalam Bekalan Minyak Sawit

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan kebimbangan terhadap lonjakan dalam pengeluaran dan inventori minyak sawit di Malaysia.

SD Guthrie Jual Tanah Di Kuala Selangor Pada RM798.31 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- SD Guthrie Bhd memeterai dua perjanjian jual dan beli (SPA) bersyarat untuk menjual tanah pegangan bebas di Kuala Selangor pada harga RM798.31 juta.

Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan mengenai prestasi ekonomi China yang lemah dan ketegangan geopolitik baharu mengimbangi impak data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan peningkatan selama tiga sesi berturut-turut, penurunan itu didahului saham perbankan serta minyak dan gas.

Life Water Beli 90 Peratus Pegangan Dalam Hung Tai Group Pada Harga RM46.8 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Life Water Bhd, pengeluar minuman berpangkalan di Sabah,  memeterai perjanjian penjualan saham (SSA) untuk membeli 90 peratus kepentingan ekuiti dalam Hung Tai Group pada harga RM46.8 juta

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Jangkaan Lonjakan Bekalan Thailand

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada hari Rabu, walaupun pasaran hadapan getah serantau mencatatkan keuntungan.

Asas Ekonomi Kukuh, Ringgit Diunjur Kekal Berprestasi Tinggi -- Standard Chartered

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengekalkan kedudukan sebagai antara mata wang berprestasi tinggi selain dolar Singapura bagi rantau ini, disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh dan impak peningkatan harga minyak meskipun dalam senario pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), menurut Standard Chartered Bank.

PTL Properties Buka Galeri Jualan The Rimbun Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM, 15 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah berpangkalan di Pulau Pinang, PTL Properties Sdn Bhd secara rasmi membuka galeri jualan The Rimbun, pembangunan strata rumah bandar mampu milik terbaru di Bukit Mertajam.

Pasaran Hartanah Malaysia Kekal Disokong Infrastruktur, Aset Khusus

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal disokong oleh aktiviti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan permintaan terhadap aset khusus pada separuh kedua 2026.

IILM Raih Tiga Anugerah Prestij Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM) meraih tiga anugerah berprestij pada The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2026.