Terdapat 266 berita berdasarkan kata kunci carian "th"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, dengan indeks penanda aras meningkat 0.86 peratus disokong minat belian berterusan terhadap saham-saham perbankan.

Pembangunan BEZ Malaysia-Thailand Perluas Pasaran barangan Malaysia Ke Laos, Kemboja, Vietnam – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan (BEZ) Malaysia-Thailand membuka laluan lebih luas bagi barangan Malaysia untuk memasuki pasaran Laos, Kemboja dan Vietnam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerjasama Glyken-Ortho Group Pertingkat Penjagaan Kesihatan Melalui Teknologi Sarang Burung 

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Glyken Bio Products Sdn Bhd (Glyken) dan Ortho Group, Jepun memeterai kerjasama penyelidikan bernilai lebih RM4 juta untuk meneroka penggunaan ekstrak sarang burung milik Glyken dalam pembangunan perubatan terapeutik dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Belian Saham Penjagaan Kesihatan, Hartanah

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutama sektor penjagaan kesihatan dan hartanah walaupun prestasi semalaman di Wall Street lemah.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Ketidaktentuan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa berikutan ketidaktentuan di Selat Hormuz yang meningkatkan harga minyak mentah global, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Mengukuh Selepas Harga Minyak Mentah Melonjak

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) – Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kukuh hari ini selepas ia menjejaki lonjakan harga dalam pasaran minyak mentah.

Malaysia, Singapura Sambut Baik Kemajuan JS-SEZ, Usaha Muktamad Pelan Induk Dalam Tempoh Terdekat

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Singapura menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) termasuk usaha memuktamadkan pelan induk JS-SEZ dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Serta Unit Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama serta unit serantau pada Isnin, susulan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan di Asia Barat.

Kenaikan Saham Perladangan, Komoditi Rangsang Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin apabila saham perladangan dan berkaitan dengan komoditi mencatatkan peningkatan, seterusnya mengimbangi sentimen berhati-hati di pasaran serantau.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Dipacu Permintaan China, Lonjakan Harga Minyak

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong permintaan fizikal yang lebih kukuh dari China serta kenaikan harga minyak mentah, meskipun prestasi niaga hadapan getah di pasaran serantau bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Empat Firma Malaysia Terima Kelulusan Teknologi Six Arm - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Token akses atau kelulusan teknologi “six arm” ditawarkan kepada empat syarikat Malaysia, meliputi tiga akses “Arm Compute Subsystems” dan tiga lesen “Arm Flexible Access” setakat hari ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Harga Emas Jangka Pendek Dijangka Antara US$3,800-US$4,200 Setiap Auns Troy - Go Capital 

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Harga emas dijangka berge