BERITA TERKINI   Hujan lebat dijangka landa Bangkok dan wilayah sekitar sehingga 27 Sept - Jabatan Meteorologi Thailand | 50 daerah di Bangkok diisytihar sebagai kawasan bencana susulan keadaan banjir yang semakin buruk - Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) | Kampus UiTM Jalan Othman ditukar nama kepada Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM2.5 juta menaik taraf Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman | Kerajaan terus beri perhatian terhadap agenda pembangunan Bumiputera selaras prinsip keadilan sosial - PM Anwar | 

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup sedikit tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam harga minyak mentah, kata peniaga.

Katanya, kenaikan itu dihadkan oleh penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan mengenai rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China dan jangkaan data ekonomi China yang lebih lemah.

Niaga hadapan getah Jepun susut pada Khamis, merosot daripada paras tertinggi yang dicapai dalam sesi sebelumnya, kerana pelabur kekal berhati-hati bahawa rundingan perdagangan AS-China di Switzerland pada akhir minggu ini akan membuahkan hasil.

Ad Banner

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 meningkat 2.0 sen kepada 749.50 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 2.5 sen kepada 600 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner