BERITA TERKINI   Aichi-Nagoya 2026: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang raih emas kelapan negara menerusi acara keirin lelaki | Piala ASEAN FIFA 2026: Harimau Malaya perlu kekalkan momentum menjelang pertemuan menentang Vietnam - PM Anwar | Perdana Menteri Nepal Balendra Shah beri jaminan kerjasama penuh bantu sahkan status 54 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan banjir besar - PM Anwar | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy wanita negara pertahan emas acara berpasukan tewaskan Hong Kong 2-1 | LTdL 2026: Pelumba Modern Adventure Pro Cycling Riley Pickrell menang Peringkat 6 dari Pandan Indah ke Rembau | 

Sebanyak 11.8 Juta Transaksi QR Rentas Sempadan Direkodkan Pada Separuh Pertama 2025 

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Sebanyak 11.8 juta transaksi pembayaran respons pantas (QR) rentas sempadan bernilai RM967 juta direkodkan daripada pelawat asing di Malaysia dan rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara sepanjang separuh pertama 2025.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan memberangsangkan berbanding 11.7 juta transaksi bernilai RM860 juta sepanjang 2024.

“Jumlah transaksi ini mengambil kira bukan hanya jalinan di antara Malaysia dan empat negara anggota ASEAN (Kemboja, Indonesia, Singapura dan Thailand), malah turut merangkumi jalinan Malaysia-China dan Malaysia-Korea yang dibina melalui pengaturan komersial di antara penyedia perkhidmatan pembayaran,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Ad Banner

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Hatta Md Ramli mengenai langkah Malaysia memurnikan perbezaan antara negara-negara ASEAN khususnya dalam pembayaran rentas sempadan memandangkan negara-negara ASEAN mempunyai tahap ketersediaan digital yang berbeza.

Selain itu, Zaliha berkata Bank Negara Malaysia (BNM) kini bekerjasama dengan bank-bank pusat daripada tiga negara ASEAN dan India di bawah Projek Nexus bagi membangunkan rangkaian pembayaran rentas sempadan pelbagai hala.

Menurutnya inisiatif penyelesaian generasi baharu ini bertujuan untuk menghubungkan sistem pembayaran segera domestik di seluruh dunia melalui satu sambungan tunggal kepada platform skim pembayaran Nexus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Entiti Nexus ini dijangka beroperasi dengan transaksi rentas sempadan secara langsung yang pertama pada 2027,” katanya.

-- BERNAMA