BERITA TERKINI   Hujan lebat dijangka landa Bangkok dan wilayah sekitar sehingga 27 Sept - Jabatan Meteorologi Thailand | 50 daerah di Bangkok diisytihar sebagai kawasan bencana susulan keadaan banjir yang semakin buruk - Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) | Kampus UiTM Jalan Othman ditukar nama kepada Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM2.5 juta menaik taraf Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman | Kerajaan terus beri perhatian terhadap agenda pembangunan Bumiputera selaras prinsip keadilan sosial - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan kalangan pelabur menunggu keputusan berhubung kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang dijadualkan diumumkan lewat hari ini.

Kontrak September 2025 menokok kepada US$3,675.20 setiap auns troy daripada US$3,653.60 ketika ditutup pada Jumaat.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa berikutan cuti sambutan Hari Malaysia.

Ad Banner

Sementara itu, kontrak Oktober 2025 naik kepada US$3,692.0 setiap auns troy daripada US$3,670.90 minggu lepas, manakala November 2025 meningkat kepada US$3,708.80 daripada  US$3,687.70.

Jumlah dagangan susut kepada 175 lot daripada 315 lot semalam, manakala kepentingan terbuka turun kepada 225 kontrak daripada 361 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berharga US$3,695.40 setiap auns troy berdasarkan penetapan London Bullion Market Association pada 16 Sept, 2025.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA