BERITA TERKINI   Liga Super: Star City FC 1-1 Terengganu FC | Liga Super: Melaka FC 1-2 Kuching City FC | Jerebu: Semua sekolah di bawah seliaan PPD Serian dan Lubok Antu masih ditutup sehingga bacaan IPU di bawah 200 - JPNS | Jerebu: Sekolah menengah dan rendah dibawah seliaan 12 PPD di Sarawak yang ditutup sebelum ini dibuka semula pada Isnin ini - JPNS | Liga Super: Penang FC 3-2 KRW FC | 

Kemudahan Baharu Fuji Logistics Di Kulim Lonjak Aktiviti Bagi Utara Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gudang baharu Fuji Logistics (M) Sdn Bhd, Pusat Logistik Kulim 2 di Northern Technocity, Kulim Kedah akan terus mengukuhkan peranannya sebagai rakan logistik boleh dipercayai.

Dalam kenyataan hari ini, penyedia perkhidmatan logistik itu menjelaskan pusat itu juga akan meneguhkan kedudukan Northern Technocity sebagai hab utama aktiviti pembuatan termaju dan logistik di utara Malaysia.

Gudang baharu itu juga akan terus memperkukuh kedudukan perbandaran itu sebagai hab logistik dan pembuatan termaju yang berkembang pesat di utara Malaysia, tambahnya.

Ad Banner

Menurut Fuji Logistics, gudang baharu berkeluasan 28,800 meter persegi itu terletak di kawasan tinggi untuk menyediakan perlindungan daripada banjir semula jadi dalam lingkungan Northern Technocity, hab utama Taman Teknologi Tinggi Kulim.

“Lantai rata diperkukuh dengan pengeras emeri/karborundum menyediakan permukaan tahan lasak, bebas habuk dan reflektif yang sesuai untuk robotik dan rak berketepatan tinggi.

“Sistem ‘Early Suppression, Fast Response’ (ESFR) meningkatkan keselamatan, manakala bekalan kuasa 11 kilovolt (kV) khusus, penjana tunggu sedia 750 kilovolt-ampere (kVA) dengan sokongan 12 jam, serta sistem penyaman udara dan pengudaraan mekanikal (ACMV) dan sistem elektrik yang sedia dinaik taraf memastikan operasi dipercayai dan sedia masa hadapan,” jelasnya.

Ad Banner
Ad Banner

Pengarah Urusan Fuji Logistics, Satoshi Toki berkata gudang baharu itu menandakan langkah penting dalam komitmen syarikat untuk menyokong sektor pembuatan termaju yang berkembang pesat di Kulim, Kedah.

“Northern Technocity menyediakan persekitaran ideal untuk pengembangan kami, membolehkan kami menawarkan penyelesaian khusus kepada pelanggan.

“Kami gembira untuk mengukuhkan kehadiran kami di sini dan menyumbang kepada pembangunan logistik dan perindustrian di negara ini,” katanya.

-- BERNAMA