BERITA TERKINI   Sebahagian penerima bantuan khas pemandu RM1,000 akan terima bayaran melalui EFT - Loke | Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja bawah 15 tahun semakin membimbangkan - Saifuddin Nasution | Kira-kira 75 peratus penghuni penjara di seluruh negara terlibat kes dadah - Saifuddin Nasution | Depot imigresen seluruh negara berdepan tekanan kapasiti susulan operasi penguatkuasaan pendatang tanpa izin - Saifuddin Nasution | Kerajaan akan teliti semula metrik liputan telekomunikasi berdasarkan kawasan berpenduduk (CoPA) supaya rangkumi kawasan aktiviti ekonomi - Fahmi | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh jangkaan output lebih perlahan dan permintaan yang semakin meningkat untuk beberapa minggu akan datang.

David Ng, pedagang proprietari Iceberg X Sdn Bhd berpangkalan di Kuala Lumpur berkata trend pengeluaran secara bermusim telah mula mempengaruhi sentimen pasaran dengan bekalan diunjurkan berkurangan ketika tahun 2025 melabuhkan tirainya.

Ad Banner

“Aktiviti dagangan akhir tahun juga memainkan peranan kerana sesetengah peserta pasaran mengubah kedudukan portfolio mereka dan memasuki kontrak bulan hadapan menjelang tahun baharu. Minat permintaan yang stabil daripada pasaran pengimport utama juga membantu mengekalkan harga walaupun terdapat turun naik (keadaan tidak menentu) yang berlarutan dalam pasaran komoditi,” katanya kepada Bernama.

Dari segi teknikal, beliau berkata paras sokongan serta-merta dilihat pada RM4,000 satu tan metrik, manakala paras rintangan pada paras RM4,150 setan metrik.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan Januari 2026 naik RM18 to RM4,027 satu tan, Februari 2026 menambah RM18 kepada RM4,056 dan Mac 2026 meningkat RM23 kepada RM4,070.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 50,131 lot daripada 38,112 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 257,679 kontrak daripada 258,679 kontrak.

Harga fizikal MSM bagi Januari Selatan menokok RM20 kepada RM4,050 setiap tan.

-- BERNAMA