BERITA TERKINI   UNGA: Malaysia gesa pihak terlibat redakan ketegangan di Asia Barat | Kuasa pertengahan, ASEAN boleh bantu rangka keputusan global - Mohamad Hasan | PBB mesti beralih daripada sekadar bereaksi kepada pencegahan, terutamanya di Gaza - Mohamad Hasan | Selatan Global perlu peranan lebih besar dalam tadbir urus AI - Mohamad Hasan | Kuasa veto Majlis Keselamatan PBB mesti dicabar, dimansuhkan - Mohamad Hasan | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau,” kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran menerima tekanan susulan penurunan harga minyak mentah dan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS). 

Ad Banner

“Harga minyak susut pada Isnin selepas AS dan Iran memberi isyarat bahawa mereka akan terus berunding mengenai cita-cita nuklear negara Timur Tengah itu, (tanda) ketegangan serantau yang semakin berkurangan,” katanya.  

Ketika ini, minyak mentah Brent berkurang 0.81 peratus kepada US$67.24 setong. 

Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang semakin berkurangan di negara pengeluar getah asli utama menjelang Tahun Baharu Cina, selain jangkaan langkah rangsangan China yang menyokong. 

Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menyusut 2.5 sen kepada 758 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot dua sen kepada 576.5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA