BERITA TERKINI   Pihak berkuasa Thailand minta bantuan PDRM kesan anggota kumpulan bersenjata selatan Thailand - Ketua Polis Negara | Keselamatan sempadan Malaysia-Thailand dipertingkat dengan penambahan anggota & penggunaan dron - Ketua Polis Negara | MOF, Kementerian Komunikasi teliti proses kawal selia pendaftaran bagi platform e-dagang - Fahmi | KSN akan umum jika terdapat perubahan skala, lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2026 petang ini susulan situasi jerebu - Fahmi | Jerebu: JAKIM laksana solat hajat, bacaan doa di tiga masjid utama malam ini | 

Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM3.2 Bilion Sebulan Untuk Kesejahteraan Rakyat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan rakyat terus menerima bantuan melalui penyasaran subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95, selain mengekalkan harga petrol dan diesel walaupun perbelanjaan subsidi bahan api meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata subsidi kerajaan bagi petrol meningkat kepada RM2 bilion manakala subsidi diesel naik kepada RM1.2 bilion sebulan berbanding RM700 juta sebelum ini.

“Walaupun Kerajaan MADANI menangani implikasi kenaikan harga minyak global, kerajaan akan terus mengambil penekanan untuk memastikan rakyat disokong dan dapat mengekalkan pemberian inisiatif BUDI95. Ini memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat.

Ad Banner

“Beban ini masih boleh ditampung kerajaan kerana kita telah melaksanakan banyak reformasi dan konsolidasi fiskal dalam tempoh tiga tahun Kerajaan MADANI memerintah,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat khas Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

-- BERNAMA 

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner