BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 | Lebih 7,000 aduan deepfake diterima MCMC setakat 15 Jun lepas - Teo Nie Ching | MPOB berjaya komersialkan lebih 240 teknologi dengan potensi nilai pasaran melebihi RM6 bilion buktikan penyelidikan sawit negara terus relevan dengan keperluan industri - Noraini | Hampir semua negeri terima peruntukan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding hasil cukai, kecuali Selangor dan Pulau Pinang - PM Anwar | Isu peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang merupakan keputusan kerajaan negeri masing-masing - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tinggi Minggu Depan Susulan Prospek Permintaan Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan berikutan jangkaan permintaan yang kukuh, kata peniaga.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata konflik Amerika Syarikat-Iran telah meningkatkan jangkaan terhadap permintaan minyak sawit yang tinggi.

Ad Banner

“Bagi minggu depan, kami menjangka harga berada dalam lingkungan antara RM4,500 dan RM4,680 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak April 2026 menyusut RM40 kepada RM4,540 satu tan, Mei 2026 berkurangan RM8 kepada RM4,611 satu tan manakala Jun 2026 naik RM20 kepada RM4,631 satu tan.

Sementara itu, kontrak Julai 2026 meningkat RM40 kepada RM4,620 satu tan, Ogos 2026 menokok RM55 kepada RM4,597 satu tan dan September 2026 naik RM66 kepada RM4,570 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 363,166 lot daripada 136,763 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 236,911 kontrak daripada 237,306 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan rendah RM40 kepada RM4,560 satu tan.

-- BERNAMA