BERITA TERKINI   Hujan lebat dijangka landa Bangkok dan wilayah sekitar sehingga 27 Sept - Jabatan Meteorologi Thailand | 50 daerah di Bangkok diisytihar sebagai kawasan bencana susulan keadaan banjir yang semakin buruk - Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, meskipun pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) mencatat prestasi lebih kukuh susulan aktiviti pengambilan untung.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 susut kepada US$4,709.60 setiap auns troy daripada US$4,721.20 pada Selasa, manakala Jun 2026 merosot kepada US$4,725.50 setiap auns troy daripada US$4,737.00 sebelumnya.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2026 turut ditutup rendah pada US$4,740.50 setiap auns troy berbanding US$4,752.00 sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 20 lot daripada tujuh lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 84 kontrak daripada 72 sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,678.40 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 12 Mei, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner