BERITA TERKINI   PM Anwar lulus peruntukan segera RM1 juta untuk kerja baik pulih kritikal di kuarters PDRM Johor | Geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negara dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 - PM Anwar | Peruntukan segera RM3.205 juta bagi pelaksanaan 16 projek baik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di Johor. - PM Anwar | Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.1355/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1430 ketika ditutup pada Selasa | PRN Johor: Bekas MB Johor Datuk Seri Hasni Mohammad tidak pertahan kerusi DUN Benut | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi positif dalam pendasar pasaran tunai.

Kontrak Jun 2026 meningkat 22 mata kepada 1,721.5, manakala Julai 2026 dan Disember 2026 masing-masing menambah 21.5 mata kepada 1,722.5 serta 1,702.5. Kontrak September 2026 menokok 21 mata kepada 1,702.0.

Jumlah dagangan bertambah baik kepada 9,367 lot berbanding 6,696 lot yang dicatatkan semasa Isnin, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 35,775 kontrak daripada 32,392 kontrak sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 18.60 mata atau 1.10 peratus kepada 1.709.99 daripada 1,691.39 yang disaksikan semalam.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner