BERITA TERKINI   Semua perkhidmatan JPJ melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Okt 2026 - KP JPJ | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy lelaki negara raih emas acara berpasukan tewaskan Pakistan 2-0 | Petronas Chemicals lantik Izwan Ismail sebagai pengarah urusan dan CEO berkuat kuasa 1 JanĀ 2027 | Aichi-Nagoya 2026: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang raih emas kelapan negara menerusi acara keirin lelaki | Piala ASEAN FIFA 2026: Harimau Malaya perlu kekalkan momentum menjelang pertemuan menentang Vietnam - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih lemah.

Harga minyak mentah yang lebih rendah secara umumnya menjejaskan harga minyak sawit mentah (MSM), sekali gus memberi kesan kepada permintaan biodiesel memandangkan biodiesel diadun bersama diesel berasaskan petroleum.

Ad Banner

Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan MSM bagi bulan semerta Julai 2026 susut RM40 kepada RM4,445 satu tan metrik, manakala Ogos 2026 merosot RM50 kepada RM4,478 setan, dan September 2026 berkurangan RM51 kepada RM4,506 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 60,311 lot daripada 63,855 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 288,316 kontrak daripada 288,117 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan susut RM50 kepada RM4,489 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA