BERITA TERKINI   Had umur persaraan penjawat awam kekal 60 tahun, tiada keperluan untuk peningkatan - Fahmi | Kementerian Pertahanan henti serta-merta perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway - Fahmi | Caruman LINDUNG 24 Jam tidak mandatori, dilaksanakan sukarela berkuat kuasa serta-merta - Fahmi | PM lulus lanjutan tempoh kelulusan pelepasan cukai TAR UMT untuk 10 tahun, kekal tertakluk semakan pematuhan sepanjang berkuat kuasa - Fahmi | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Menjejaki Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan mengenai gangguan bekalan sementara di Thailand dan ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US.

Menurut seorang peniaga, sentimen pasaran disokong oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi dan jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang kurang agresif di tengah-tengah kebimbangan inflasi yang semakin reda.

Ad Banner

“Bagaimanapun, kenaikan sebahagiannya telah dihadkan oleh data ekonomi AS yang kurang bermaya dan ketegangan geopolitik Asia Barat yang diperbaharui," katanya kepada Bernama. 

Beliau menyatakan bahawa niaga hadapan getah Jepun tidak berubah disebabkan jangkaan pemulihan dalam pengeluaran lateks telah mengimbangi kenaikan harga minyak mentah.

“Selain itu, harga minyak mentah menokok hampir dua peratus berikutan serangan udara AS yang baharu ke atas Iran dan kebimbangan mengenai kemungkinan gangguan kepada bekalan minyak Asia Barat,” tambahnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sekarang ini, minyak mentah Brent naik 6.18 peratus kepada US$78.74 setong.

Sementara itu, beliau berkata amaran hujan lebat dan banjir kilat di Thailand dijangka mengganggu sementara aktiviti penorehan getah, mengehadkan bekalan getah asli secara jangka pendek.

Pada 3 petang hari ini, harga SMR 20 menokok enam sen kepada 892 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut tiga sen kepada 733 sen sekilogram.

-- BERNAMA