BERITA TERKINI   PRN Johor: Sebanyak 68.73 peratus atau 1,874,918 juta pengundi keluar mengundi - SPR | SPR berpuas hati dengan perjalanan PRN Johor, tiada sebarang kejadian tidak diingini ganggu kelancaran pilihan raya | Keputusan penuh PRN Johor: BN menang 48 kerusi DUN, PH lapan - SPR | (RASMI): BN menang 48 DUN manakala PH lapan DUN dengan calonnya Dr Maszlee Malik menangi DUN Puteri Wangsa - SPR | PRN Johor: Calon PH Maszlee Malik menang kerusi DUN Puteri Wangsa, tewaskan empat pencabar - SPR | 

PM Anutin Optimis Sasaran Dagangan US$30 Bilion Thailand-Malaysia Dicapai Menjelang 2027

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Thailand yakin sasaran dagangan dua hala dengan Malaysia yang bernilai US$30 bilion (US$1=RM4.073), dapat dicapai menjelang tahun depan, kata Perdana Menteri Anutin Charnvirakul.

Ketika berkongsi keyakinan itu, beliau berkata Malaysia juga merupakan rakan dagang terbesar Thailand di ASEAN dan nilai dagangan dua hala itu pada masa ini mencecah kira-kira US$28 billon.

"Kita yakin dapat mencapai sasaran US$30 bilion itu dalam masa terdekat susulan kerjasama yang sedang diusahakan ketika ini.

Ad Banner

“Selain itu, kita akan turut mengadakan perbincangan dalam kalangan jawatankuasa perdagangan bersama untuk menetapkan sasaran perdagangan baharu yang lebih besar,” kata beliau.

Anutin berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kedua-dua pemimpin itu menyaksikan majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Anutin turut berkongsi kesediaan Thailand untuk menyokong penuh usaha bagi meningkatkan rantaian nilai dan bekalan serantau dengan bersandarkan kekuatan kedua-dua ekonomi yang saling melengkapi.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Bagi kemajuan masa depan, kita akan menumpukan aspek keterjaminan makanan dan tenaga serta ekonomi digital, termasuk industri berteknologi tinggi,” kata beliau.

Sementara itu, mengulas sasaran perdagangan dua hala itu, Anwar berkata Malaysia akan berusaha gigih bagi mencapai sasaran berkenaan dengan Kementerian Luar serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menumpukan usaha berkaitan.

“Kita perlu memulakannya dengan isu-isu asas ekonomi dan perdagangan bagi mengukuhkan persahabatan serta kerjasama dalam semua bidang, termasuk pelancongan,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anutin bagi meneliti perkembangan hubungan Malaysia-Thailand serta membincangkan langkah untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang.

Anutin yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia bermula hari ini atas undangan Anwar, tiba pada jam 11.11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ini merupakan lawatan pertama Anutin ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai perdana menteri pada Mac 2026 dan lawatan itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta memperdalam kerjasama dalam bidang dengan kepentingan bersama Thailand-Malaysia.

-- BERNAMA