BERITA TERKINI   PM umum sumbangan RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa, disebabkan aktiviti pengambilan untung yang berterusan walaupun di pasaran meluas menunjukkan bahawa minat belian terpilih kekal kukuh.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.92 mata atau 0.11 peratus kepada 1,720.37 berbanding 1,722.29 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.33 mata lebih tinggi pada 1,725.62 dan bergerak antara 1,712.66 dan 1,726.88 di sepanjang sesi dagangan.

Ad Banner

Bagi pasaran keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 579 berbanding 512, manakala 539 kaunter tidak berubah, 1,105 kaunter tidak didagangkan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.48 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.27 bilion unit bernilai RM2.21 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata ekuiti serantau meningkat apabila prospek rundingan diplomatik yang semakin baik di Asia Barat menurunkan harga minyak mentah dan meningkatkan minat risiko secara keseluruhan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Melihat ke depan, pelabur akan memantau pendapatan daripada syarikat teknologi utama Amerika Syarikat (AS), termasuk Alphabet, Tesla dan Intel, untuk pengesahan bahawa pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI) diterjemahkan kepada pertumbuhan pendapatan dan keuntungan yang lebih kukuh,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong menjangkakan indeks penanda aras akan kekal dalam fasa penyatuan dalam lingkungan antara 1,710–1,740 minggu ini.

Beliau berkata pelabur dijangaka kekal selektif menjelang pendapatan korporat utama AS, sementara sentimen risiko global semakin baik dan harga minyak mentah yang lebih rendah boleh memberikan sokongan jangka pendek.

“Bagaimanapun, aliran masuk dana asing berterusan, asas ekonomi domestik berdaya tahan dan pengumpulan berterusan saham permodalan besar yang kukuh secara asasnya akan membantu mengurangkan risiko penurunan.

“Kami menjangkakan putaran sektor akan kekal aktif, dengan pelabur mengutamakan syarikat yang menawarkan pertumbuhan pendapatan berdaya tahan dan penilaian menarik,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH Healtcare kedua-duanya tidak berubah masing-masing pada RM11.02 dan RM8.50, Public Bank naik satu sen kepada RM5.20, Tenaga Nasional menambah 26 sen kepada RM14.56, manakala CIMB susut tujuh sen kepada RM7.68.

Bagi saham aktif, Stratus Global yang baru disenaraikan di Pasaran Utama meningkat RM1.31 kepada RM2.11, VS Industry menambah 2.5 sen kepada 25 sen, Zetrix AI melonjak satu sen kepada 73 sen, Dagang NeXchange menokok dua sen kepada 46.5 sen, dan Aimax tidak berubah pada satu sen.

Kaunter paling untung menyaksikan Malaysian Pacific Industries naik RM2.18 kepada RM46.84, Mi Technovation meningkat RM1.05 sen kepada RM5.92, Nestle menokok 46 sen kepada RM93.12, UMS Integration melonjak 41 sen kepada RM8.19, dan Unisem menambah 37 sen kepada RM4.85.

United Plantations mendahului kaunter paling rugi, menguncup 86 sen kepada RM33.74, Kuala Lumpur Kepong susut 44 sen kepada RM21.14, Fraser & Neave merosot 34 sen kepada RM28.80, Petronas Gas turun 22 sen kepada RM17.40, dan Petronas Dagangan berkurangan 16 sen kepada RM19.50.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah menambah 14.80 mata kepada 12,544.45, Indeks FBM Emas naik 8.58 mata kepada 12,709.76, dan Indeks FBM 70 melonjak 93.89 mata kepada 18,008.78, Indeks FBM Top 100 meningkat 5.97 mata kepada 12,538.13, Indeks FBM ACE melonjak 56.09 mata kepada 4,966.86.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 1.95 mata kepada 20,300.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.05 mata kepada 187.24, Indeks Tenaga menokok 5.36 mata kepada 770.40, manakala Indeks Perladangan susut 136.53 mata kepada 9,357.01.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.86 bilion unit bernilai RM2.48 bilion daripada 1.62 bilion unit bernilai RM1.93 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran susut kepada 1.11 bilion unit bernilai RM138.80 juta daripada berbanding 1.12 bilion unit bernilai RM141.55 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula melonjak kepada 496.93 juta unit bernilai RM171.87 juta daripada 442.86 juta unit bernilai RM135.92 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 122.01 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (405.41 juta), pembinaan (102.13 juta), teknologi (657.64 juta), perkhidmatan kewangan (68.45 juta), hartanah (154.60 juta), perladangan (29.86 juta), amanah pelaburan hartanah (10.23 juta), dana tertutup (44,200), tenaga (147.26 juta), penjagaan kesihatan (73.57 juta), telekomunikasi dan media (18.83 juta), pengangkutan dan logistik (34.38 juta), utiliti (42.91 juta), dan amanah perniagaan (8,300).

-- BERNAMA