BERITA TERKINI   Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Pengumuman jumlah bayaran interim untuk Sarawak pada Sambutan Hari Malaysia di Kuching, 16 Sept - PM Anwar | MA63 perlu dijadikan polisi, komitmen dan naratif peringkat nasional - PM Anwar | MA63 adalah amanah serta iltizam nasional yang wajib dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan - PM Anwar | 

Eliis, Petronas Meterai Perjanjian Projek Industri Bersama

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Penyedia teknologi tafsiran seismik termaju, Eliis, memeterai Perjanjian Projek Industri Bersama (JIPA) dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi kerjasama dalam pelaksanaan teknologi PaleoScan serta inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) geosains bersama di Malaysia.

Menerusi perjanjian itu, Eliis akan melancarkan platform PaleoScan dan aliran kerja tafsiran bawah permukaan dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) dalam ekosistem teknikal Pengurusan Petroleum Malaysia, dengan sokongan bantuan teknikal khusus.


"Kerjasama ini turut merangkumi pelaksanaan inisiatif R&D bersama dalam beberapa bidang geosains terpilih, dengan matlamat mempertingkat pemahaman terhadap struktur bawah permukaan bumi serta mengenal pasti peluang baharu penerokaan di perairan Malaysia.

Ad Banner

"Ia dijangka meningkatkan kecekapan tafsiran seismik dan pemahaman geologi, memperkukuh keupayaan geosains digital dan dipacu AI, selain menyokong aspirasi Malaysia dalam aktiviti penerokaan sektor huluan," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

Eliis berkata perjanjian itu turut mencerminkan pengukuhan kerjasama antara Perancis dan Malaysia dalam bidang teknologi tenaga serta inovasi geosains.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner