BERITA TERKINI   Sultan Nazrin cadang rangka kerja Tadbir Urus Wakaf Global sebagai prinsip teras yang boleh diterima pakai secara sukarela oleh institusi wakaf | Sultan Nazrin seru platform wakaf tunai digital diperluas untuk tingkat ketelusan | RUU Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini, Jabatan Perangkaan Malaysia kini dikenali sebagai Jabatan Statistik selepas akta itu berkuat kuasa - Akmal Nasrullah | Kementerian Ekonomi unjur perbelanjaan pembangunan bagi 2027 sekitar RM58 bilion, 70 peratus daripada keseluruhan peruntukan disasarkan kepada pembangunan asas - Akmal Nasrullah | Malaysia perlu bangunkan sistem pengurusan bencana udara bersepadu - TPM Ahmad Zahid | 

Unit Zecon Peroleh Kontrak EPCC Bernilai RM328 Juta Untuk Projek Solar Sarawak​​

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zecon Bhd (Zecon), Zecon Renewables Sdn Bhd ditawarkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM328 juta daripada sebuah lagi anak syarikatnya, Zecon Renewables (Sarawak) Sdn Bhd.

Menurut Zecon, kontrak berkenaan melibatkan pembangunan kemudahan fotovoltaik (PV) solar agrivoltaik berskala besar iaitu 100 megawatt arus ulang-alik (100MWac) di Sarawak termasuk loji solar PV dan kemudahan penyambungannya.

Jelas syarikat itu, skop kerja turut merangkumi pembinaan cadangan jambatan sepanjang 130 meter merentasi Sungai Serai di Kuching, Sarawak serta infrastruktur tapak dan kerja tanah di dalam Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).

Ad Banner

“Sebagai projek perintis tenaga boleh baharu (TBB) di dalam taman berkenaan, ia menjadi penanda aras tentang bagaimana fasa-fasa masa hadapan akan distrukturkan, dibiayai dan dilaksanakan.

"Ia juga membuktikan KPGTP sedang melangkah secara tegas ke arah menjadi satu daripada destinasi pelaburan utama di Sarawak,” jelas Zecon.

Kumpulan itu memaklumkan projek Fasa 1 berkapasiti 100MWac itu merupakan pembangunan berskala besar pertama di bawah pelan induk KPGTP.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Sebagai projek perintis TBB di dalam taman perindustrian itu, projek ini menjadi penanda aras bagi pelaksanaan, pembiayaan dan pembangunan fasa-fasa akan datang," katanya.

-- BERNAMA