BERITA TERKINI   Untung bersih Nestlé Malaysia melonjak 38.3 peratus kepada RM155.02 juta bagi suku kedua manakala perolehan naik 8.7 peratus kepada RM1.81 bilion | PRN NS: Undi awal rekod 80.79 peratus setakat 1 tengah hari - SPR | Sindiket penipuan dalam talian beroperasi di Forest City tumpas, 355 individu termasuk 309 warga China ditahan dengan rampasan RM1 juta - Polis | PRN NS: Undi awal rekod 68.85 peratus setakat 12 tengah hari - SPR | PRN N. Sembilan: PDRM terima 53 laporan, buka 16 kertas siasatan berkait kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh kempen hingga semalam - Ketua Polis N. Sembilan | 

Menara Merdeka 118 Dinamakan Semula Kepada Menara Merdeka Maybank

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Menara Merdeka 118 dinamakan semula secara rasmi kepada Menara Merdeka Maybank, mencerminkan kehadiran kumpulan itu di bangunan mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabatnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank berkenaan memaklumkan alamat berdaftar baharu ibu pejabat Maybank ialah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

"Seiring dengan pengumuman ini, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.

Ad Banner

"Kedua-dua nama bangunan ini akan berkuat kuasa mulai 28 Julai 2026," jelasnya.

Maybank juga ingin memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi dari Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan kelak.

Penamaan semula ini tidak akan memberi kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan berkenaan dan semua perkhidmatan perbankan akan terus beroperasi seperti biasa.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA