Syarikat Sekutu HSS Engineers Dapat Kontrak Skim Bekalan Air Perak Utara Bernilai RM34 Juta
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd, SMHB Sdn Bhd telah memenangi kontrak untuk Skim Bekalan Air Perak Utara dan Jualan Lebihan Air Terawat ke Pulau Pinang (NPWSS) yang dikeluarkan oleh Gamuda Engineering Sdn Bhd bernilai RM34.0 juta.
HSS Engineers berkata tarikh permulaan pakej perkhidmatan perundingan reka bentuk utama (LDC) dan perundingan reka bentuk terperinci 4 (DDC4) ialah Jun 2026, dengan anggaran tarikh siap 66 bulan dari tarikh permulaan.
“Skop perkhidmatan SMHB di bawah perkhidmatan itu merangkumi LDC untuk NPWSS dan DDC untuk loji rawatan air di NPWSS, yang melibatkan reka bentuk awal, pra-akhir dan akhir, sokongan peringkat tender dan sokongan semasa tempoh pembinaan serta liabiliti untuk projek itu,” katanya melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
-- BERNAMA