BERITA TERKINI   Pendirian kerajaan terhadap rasuah tidak berubah, semua kes termasuk kes Najib terus diproses mengikut undang-undang - Fahmi | Pengampunan bersyarat kepada Najib tidak jejas ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar | Majlis Halal ASEAN: Malaysia tawar jadi sekretariat, Indonesia sebagai pengerusi pertama - TPM Ahmad Zahid | Pengampunan bersyarat Najib: Ahmad Zahid sifatkan tahanan rumah sebagai perkembangan bermakna, seru ahli UMNO hormati proses ditetapkan | Malaysia cadang Majlis Halal ASEAN dilancarkan di Malaysia pada Sept 2027, sempena dengan Bulan Halal Kebangsaan - TPM Ahmad Zahid | 

MBSB Bank-Huawei Technologies Bekerjasama Sediakan Pembiayaan RM400 Juta Sokong Infrastruktur 5G

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- MBSB Bank Bhd memeterai perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi menyokong pelaksanaan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G U Mobile menerusi penyediaan peralatan dan perkhidmatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, MBSB berkata kemudahan patuh syariah itu membolehkan Huawei menerima dana lebih awal bagi aset belum terimanya, sekali gus menguruskan keperluan modal kerja dan menyokong pelaksanaan berterusan infrastruktur digital negara.

Transaksi berkenaan merupakan penggunaan pertama pembiayaan pembelian Islam berstruktur oleh Huawei Malaysia untuk menerima dana lebih awal daripada bayaran pelanggan yang masih belum diterima.

Ad Banner

Ia juga merupakan antara urus niaga terbesar MBSB Bank setakat ini dalam pembiayaan perdagangan berstruktur dan pembiayaan berasaskan bayaran belum terima.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Rafe Haneef berkata keperluan pembiayaan itu perlu berkembang seiring dengan kemajuan teknologi selaras usaha Malaysia mempercepat agenda transformasi digitalnya.

"Kerjasama ini turut mencerminkan komitmen MBSB untuk membantu merealisasikan pelaburan yang memperkukuh infrastruktur negara, menyokong pertumbuhan ekonomi dan membina asas yang kukuh untuk masa hadapan Malaysia," katanya.

Ad Banner

-- BERNAMA