BERITA TERKINI   Penempatan PDRM di pasukan Keselamatan Penerbangan dikenal pasti sebagai langkah penambahbaikan segera di lapangan terbang - Fahmi | MITI cari pendekatan terbaik bagiĀ cadangan levi EV untuk imbangiĀ keperluan infrastruktur pengecasan dengan kepentingan awam - Johari Ghani | PM Anwar arah KESUMA segera uruskan 15,000 permohonan pekerja asing bagi penuhi keperluan tenaga kerja -- Fahmi | MAG diarah semak semula protokol saringan latar belakang, kesihatan juruterbang dan pembantu - Fahmi | Gamuda Bhd peroleh projek pembinaan pusat data hiperskala bernilai RM1.71 bilion di Port Dickson daripada syarikat MNC AS | 

EV: Kerajaan Perlu Seimbangkan Keperluan Prasarana Pengecasan, Kepentingan Awam

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengkaji mekanisme terbaik membabitkan cadangan levi ke atas kenderaan elektrik (EV) bagi menyokong pembangunan infrastruktur pengecasan di seluruh negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Ghani berkata sebagaimana penjelasan beliau di Dewan Negara semalam, kerajaan pada masa ini masih belum memutuskan untuk mengenakan levi atau cadangan caj berkenaan dan sedang meneliti mekanisme yang paling sesuai.

"Kita tidak nyatakan yang kerajaan akan mengenakan cadangan levi itu ke atas rakyat. Kita sedang melihat (meneliti) mekanisme paling sesuai. Namun, jika kos itu dikenakan ke atas pengeluar, mereka akan melepaskan juga kos itu kepada pengguna.

Ad Banner

"Persoalannya ialah pada nilai berapa, kos dan berapa banyak yang dikenakan serta lama mana kerajaan dapat terus memberi subsidi," katanya kepada pemberita di luar persidangan RHB Bank Bhd yang bertemakan "RHB Progress Series 2026" di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Johari juga menekankan bahawa kerajaan telah menyediakan pelbagai subsidi dan pada masa sama perlu membangunkan infrastruktur pengecasan EV terbabit.

“Semua ini melibatkan kos elektrik, gas, arang batu dan sebagainya. Inilah yang perlu difahami. Ramai yang tidak faham kerana hanya lihat dari satu sudut sahaja,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Johari berkata kerajaan juga perlu mengambil kira gambaran besar yang lebih menyeluruh bagi memastikan EV dan kenderaan menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE) dapat wujud seiringan.

"Malaysia juga masih bergantung kepada penjanaan elektrik berasaskan gas dan arang batu, justeru, pembangunan ekosistem EV perlu mengambil kira kos penyediaan tenaga serta infrastruktur yang diperlukan.

"(Kedudukan kewangan) kerajaan pula dalam keadaan defisit. Bila defisit, macam mana kita nak buat? Dari mana kita nak dapat duit? Oleh itu, salah satu pilihan adalah mengenakan caj ke atas pengeluar yang pada akhirnya (dijangka) melepaskan kos itu kepada pengguna," katanya.

Pada sesi di Dewan Negara semalam, Johari memaklumkan kerajaan sedang mempertimbangkan mekanisme untuk mengenakan caj ke atas setiap EV yang dijual bagi mewujudkan tabung pembinaan rangkaian pengecas awam di seluruh negara.

Langkah itu sedang diperhalusi susulan kekangan kerajaan untuk membiayai pembangunan rangkaian pengecas awam secara berskala besar seperti dilaksanakan di China.

Johari menjawab soalan tambahan Senator Datuk Leong Ngah Ngah mengenai kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi peningkatan penggunaan EV.

“Mungkin setiap kereta EV yang dijual di sini kita kenakan caj untuk dimasukkan dalam satu tabung bagi membina stesen pengecas awam. Kita tidak boleh mengharapkan pengeluar kereta ini melakukannya atau membuat pelaburan sedemikian,” katanya.

-- BERNAMA