BERITA TERKINI   Malaysia perlu bangunkan perusahaan teknologi tempatan, bukan sekadar bekalkan bakat - TPM Ahmad Zahid | TPM Ahmad Zahid seru sinergi lebih kukuh antara kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pelabur swasta untuk mengkomersialkan penyelidikan tempatan | Malaysia perlu bergerak melangkaui sebagai hab pembuatan untuk menerajui, mencipta serta memiliki teknologi dan harta intelek global menjelang 2030 - TPM Ahmad Zahid | 

Nuenergy Peroleh Kontrak Kerja Berkaitan Pusat Data Bernilai RM44.5 Juta Di Johor

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Nuenergy Holdings Bhd (NHB) menerima surat lantikan (LoA) bernilai RM44.5 juta daripada sebuah syarikat dari China untuk melaksanakan kerja mekanikal, elektrik dan perpaipan untuk pembangunan bangunan stesen pendaratan pengguna bagi pusat data di Johor.

Menurut NHB, tawaran berkenaan merupakan pencapaian penting bagi kumpulan kerana ia merupakan projek voltan tinggi terbesarnya setakat ini.

"Pelaksanaan LoA yang berjaya ini akan mengesahkan keupayaan teknikal dan kapasiti pelaksanaan kumpulan dalam menyempurnakan projek infrastruktur voltan ekstra tinggi (EHV) yang kompleks dalam segmen pusat data,” jelas syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ad Banner

NHB memaklumkan, kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada nilai perolehan kontrak, perolehan dan keuntunganya selain mengukuhkan rekod prestasi serta kredibiliti pusat data kumpulan dalam sektor EHV.

"Projek itu dijangka siap pada suku keempat 2026, tambahnya.

-- BERNAMA

Ad Banner