BERITA TERKINI   PM Anwar dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas jalani rawatan - Dr Wan Azizah | Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh universiti awam kepada calon berjaya mulai 15 Ogos - KPT | Keputusan permohonan ke universiti awam bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk lepasan STPM/ Setaraf diumum 14 Ogos - KPT | Pemegang pasport yang mempunyai tempoh sah laku lebih 10 tahun diberikan penggantian secara percuma - KP Imigresen | Tempoh sah laku pasport lebih 10 tahun dihentikan sehingga isu dengan syarikat penerbangan, ICAO selesai - KP Imigresen | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman KDNK Suku Kedua

Oleh Siti Noor Afera Abu dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, menjelang pengumuman data rasmi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dijadual pada 14 Ogos ini, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, ringgit dibuka tinggi kepada 4.0895/0950 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.0905/0940 semasa ditutup semalam. 

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ekonomi dijangka berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua, didorong oleh prestasi domestik yang kukuh.

"Ekonomi Malaysia kekal agak berdaya tahan yang boleh memberikan sokongan lanjut kepada ringgit.

"Justeru, ringgit dijangka kekal pada sekitar RM4.08-RM4.09 berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) sebahagian besarnya tidak berubah, manakala peniaga dan pelabur menunggu data indeks harga pengguna (IHP) AS malam ini, selain itu DXY kini berada pada sekitar 99.72-99.89 mata.

Konsensus menganggarkan IHP AS pada 3.4 peratus, sedikit sederhana daripada angka IHP sebenar sebanyak 3.5 peratus pada bulan Jun.

Pada pembukaan, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5673/5709 daripada 2.5680/5703 ketika ditutup pada Selasa, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.7205/7269 daripada 4.7188/7228, dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.5241/5315 daripada 5.5238/5285 sebelumnya.

Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Unit tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 228.9/229.3 daripada 229.0/229.3 pada penutupan semalam, bagaimanapun menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.3356/3585 daripada 12.3323/3481 sebelum itu.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1952/1997 daripada 3.1930/1962 ketika ditutup pada Selasa dan berubah sedikit berbanding peso Filipina pada 6.67/6.69 daripada 6.68/6.69 sebelumnya.

-- BERNAMA