BERITA TERKINI   10,000 warga Myanmar telah dihantar pulang ke negara asal sejak Januari 2026 - PM Anwar | Kerajaan alu-alukan ahli akademik menilai, beri kritikan membina terhadap pelaksanaan Rancangan Malaysia, termasuk RMK-13 - Fahmi | Industri perbankan dan PayNet rancang perkenalkan amaran penipuan merentas pelbagai industri, projek rintis disasarkan pada separuh pertama 2027 – Gabenor BNM | Pelaksanaan projek RMK-13 perlu pastikan aspek tadbir urus baik, bebas rasuah - Fahmi Fadzil | Sektor kewangan berjaya halang cubaan urus niaga penipuan bernilai RM1.9 bilion pada separuh pertama 2026 – Gabenor BNM | 

Emas Dijangka Menyaksikan Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Hadapan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan beberapa pengambilan untung awal minggu hadapan menjelang pengeluaran data inflasi utama Amerika Syarikat (AS), kata pakar strategi global Quintex Intel, Stephen Innes.

Beliau berkata niaga hadapan emas dijangka menjejaki harga emas, yang berkemungkinan didagangkan secara meluas dalam jajaran US$4,450 hingga US$4,500.

Ad Banner

“Kebanyakan tinjauan akan bergantung pada laporan Indeks Harga Pengguna AS dan Indeks Harga Pengeluar pada minggu berkenaan.

“Bacaan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan akan segera memulihkan jangkaan untuk kenaikan kadar Rizab Persekutuan dan boleh meletakkan tekanan kepada emas,” kata Innes kepada Bernama.

Beliau berkata emas sangat berdaya tahan terhadap kejatuhan dengan sokongan daripada pembelian bank pusat dan permintaan runcit Asia yang teguh.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dari minggu ke minggu, kontrak September 2026 jatuh kepada US$4,477.50 setiap auns troy daripada US$4,619.30.

Oktober 2026 merosot kepada US$4,491.30 setiap auns troy daripada US$4,635.50, manakala Disember 2026, Februari 2027 dan bulan semerta baharu April 2027 turun kepada US$4,517.50 setiap auns troy daripada US$4,643.30 sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan adalah lebih lemah kepada 881 lot berbanding 1,713 lot yang dicatatkan pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 357 kontrak daripada 415 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari 3 Sept, London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,467.15 setiap auns troy.

-- BERNAMA