BERITA TERKINI   Penghantaran pulang tahanan warga Myanmar fasa pertama dilaksanakan secara sukarela, selamat dan ikut prosedur - KDN | Sehingga 15 Ogos lepas, 10,388 warga Myanmar berada di Depot Tahanan Imigresen seluruh negara - KDN | Tarikh dan jumlah penghantaran pulang warga Myanmar bagi fasa berikutnya akan ditentukan selepas mengambil kira pelbagai aspek - KDN | 1,476 tahanan warga Myanmar dihantar pulang menggunakan tiga kapal Tentera Laut Myanmar dalam fasa pertama hari ini - KDN | Hubungan baik dan diplomasi Malaysia-Myanmar capai persetujuan hantar 5,000 tahanan warga Myanmar secara berperingkat - KDN | 

BNM Pertimbang Kelonggaran Ambil Risiko Lebih Tinggi Bagi Sokong Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempertimbangkan untuk memberi lebih banyak kelonggaran kepada institusi kewangan untuk mengambil risiko yang lebih tinggi secara bertanggungjawab sebagai antara usaha untuk menyokong peralihan tenaga, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata bank pusat sedang mengkaji semula bagaimana peraturan boleh disesuaikan dengan lebih baik bagi menyokong peralihan tenaga, termasuk memberikan lebih banyak kelonggaran kepada institusi kewangan untuk mengambil risiko yang lebih tinggi dalam lingkungan tahap risiko yang boleh diterima.

“Risiko ini perlu difahami, dinilai dan diuruskan dengan sewajarnya dalam lingkungan tahap risiko yang boleh diterima,” katanya semasa berucap pada Persidangan JC3 Journey to Zero 2026 hari ini.

Ad Banner

Abdul Rasheed berkata BNM komited untuk memudah cara perancangan projek tenaga hijau selain mengkaji pelarasan dari segi kawal selia dan penyeliaan bagi menyokong usaha itu.

Beliau berkata walaupun terdapat modal, cabaran utama ialah pengantaraan kewangan terutama penyaluran dana kepada projek hijau yang berdaya maju dan berpotensi untuk dikembangkan.

Menurutnya banyak projek berimpak tinggi terutama pada peringkat awal yang berdepan kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan berikutan dianggap tidak berdaya maju dari segi komersial, walaupun boleh dilaksanakan dari segi teknikal.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA