BERITA TERKINI   Semua perkhidmatan JPJ melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Okt 2026 - KP JPJ | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy lelaki negara raih emas acara berpasukan tewaskan Pakistan 2-0 | Petronas Chemicals lantik Izwan Ismail sebagai pengarah urusan dan CEO berkuat kuasa 1 JanĀ 2027 | Aichi-Nagoya 2026: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang raih emas kelapan negara menerusi acara keirin lelaki | Piala ASEAN FIFA 2026: Harimau Malaya perlu kekalkan momentum menjelang pertemuan menentang Vietnam - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Selepas Aktiviti Pembuatan Merancak

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh aktiviti pembuatan di Eropah dan Asia mula merancak, kata seorang peniaga.

Beliau berkata aktiviti kilang di seluruh Eropah dan Asia berkembang bulan lepas disebabkan permintaan, yang sebahagiannya dirangsang oleh ledakan perbelanjaan dalam kecerdasan buatan (AI) global, kekal kukuh walaupun terdapat kejutan harga tenaga daripada konflik AS-Iran, yang terus meningkatkan inflasi.

Ad Banner

“Pasaran juga telah dipacu oleh gangguan bekalan berterusan berikutan hujan lebat di negara pengeluar getah utama termasuk perkembangan positif dalam eksport kenderaan elektrik China.

“Jualan global pengeluar kenderaan elektrik China, BYD meningkat untuk bulan kelima berturut-turut pada September, naik 17 peratus selepas dirangsang oleh pengukuhan eksport,” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, beliau berkata kenaikan selanjutnya telah dihadkan oleh harga minyak mentah yang lebih rendah, kebimbangan mengenai peningkatan semula ketenteraan di Asia Barat dan isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga SMR 20 menokok enam sen kepada 1,044.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal bertambah 3.5 sen kepada 749.5 sen kilogram.

-- BERNAMA