BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

Belanjawan 2027 Dibentang 3.30 Petang Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2027 yang bakal dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Jumaat ini, diawalkan kepada pukul 3.30 petang.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor.

Menurut beliau, surat pemakluman mengenai perubahan waktu itu telah diedarkan kepada ahli parlimen.

Ad Banner

“Antara urusan penting akan dibahaskan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini ialah Belanjawan 2027 yang mana pembentangan bacaan keduanya diawalkan pada 3.30 petang Jumaat ini,” katanya pada permulaan Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15 semalam.

Sebelum ini, pembentangan belanjawan bermula pada pukul 4 petang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, bakal membentangkan belanjawan kelima di bawah Kerajaan MADANI.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA