BERITA TERKINI   Tunggakan bayaran balik pinjaman untuk projek infrastruktur asas kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM8.084 bilion setakat 31 Dis tahun lepas - Chin Tong |  Kategori peminjam yang mencatatkan tunggakan pinjaman tertinggi adalah syarikat iaitu 62 peratus dan diikuti kerajaan negeri sekitar 32 peratus - Chin Tong  | Jerebu: PdPR dilaksanakan ikut kesesuaian, ambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di daerah Batu Pahat, Johor ditutup sementara bermula hari ini sehingga keadaan kembali selamat - KPM | Arahan henti aktiviti di luar bilik darjah termasuk keramaian dan sukan serta-merta di kawasan bacaan IPU lebih 100 - KPM | 

Syarikat Utama Jepun Umios Mahu Perluas Perniagaan Di Malaysia

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Umios Corporation, antara syarikat perikanan dan makanan terbesar di dunia, berhasrat mengembangkan operasinya di Malaysia menerusi pelaburan baharu yang akan melonjakkan perniagaan dalam segmen makanan untuk manusia serta haiwan peliharaan.

Pengurus Bahagian Perniagaan Luar syarikat itu, Keisuke Enomoto berkata Umios telah melengkapkan pengambilalihan kepentingan sebanyak 51 peratus dalam pengeluar makanan haiwan peliharaan Malaysia, Pet World International Sdn Bhd, menerusi pelaburan sebanyak 11.4 bilion yen Jepun (100 yen = RM2.59) pada September 2026.

Ad Banner

Umios yang sebelum ini dikenali sebagai Maruha Nichiro, berpangkalan di Tokyo dan mempunyai pengalaman selama 145 tahun dalam industri perikanan.

“Sebarang pelaburan di masa depan akan bergantung kepada skala pengembangan dalam perniagaan makanan serta makanan untuk haiwan peliharaan selain sama ada wujud keperluan untuk menambah atau membuka kemudahan pengeluaran di Malaysia. Ini bergantung kepada jumlah jualan.

“Kami akan mula mengedarkan produk jeli buatan Jepun untuk pasaran halal Malaysia bulan depan,” katanya kepada Bernama pada acara Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2026, baru-baru ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata Malaysia mempunyai jumlah penduduk serta pendapatan yang makin meningkat yang membolehkannya menjadi pasaran yang menarik.

“Berikutan itu, wujud potensi dalam perniagaan makanan, khususnya berdasarkan kepakaran kami sebagai salah satu pembekal makanan laut terbesar dunia,” katanya.

 Enomoto berkata syarikat yang beroperasi di Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Eropah dan Asia itu turut mencatat pendapatan sebanyak 1.1 trilion yen Jepun bagi tahun kewangan 2025.

Selain aktiviti perikanan, perniagaan teras Umios adalah pemprosesan makanan, penternakan ikan serta perdagangan produk makanan laut, daging dan ayam.

Beliau berkata syarikat itu pada masa ini mempunyai kilang makanan laut sejuk beku dan perniagaan pemprosesan makanan di Thailand, Vietnam, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Belanda.

-- BERNAMA