BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: Model pejabat pelbagai keluarga diperkenalkan di Forest City bagi menawarkan khidmat kepada beberapa keluarga termasuk dana SFO yang diluluskan | Defisit 2027 dijangka turun kepada 3.3 peratus, menuju sasaran 3.0 peratus menjelang 2028 - PM Anwar | Belanjawan 2027: Bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara dinaikkan daripada RM30 kepada RM100 | PM Anwar, PM Wong akan lancar Pelan Induk dan Pelan Tindakan JS-SEZ pada akhir tahun ini | Belanjawan 2027: Lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap tahun depan | 

GLIC Akan Labur RM2 Bilion Untuk Perkasa Syarikat Bumiputera - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan melabur sebanyak RM2 bilion untuk memperkasa syarikat bumiputera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, umpamanya Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) akan membantu syarikat bumiputera menuju penyenaraian awam dan memperkukuh pemilikan hartanah strategik.

“Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga mewujudkan Dana Ciptawan berjumlah RM250 juta untuk menyokong pertumbuhan syarikat pertengahan bumiputera,” kata Anwar semasa membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini. 

Ad Banner

Perdana Menteri berkata, selain itu, taman solar berpusat untuk bangunan kerajaan akan dibangunkan dengan pelaburan RM1.5 bilion. 

"Ini turut memberi peluang kepada syarikat bumiputera pembinaan, kejuruteraan dan penyelenggaraan. 

"Melalui projek solar berskala besar 6 (LSS6), 150 megawatt dikhususkan kepada syarikat bumiputera bagi menyokong mereka dalam industri tenaga bersih," kata beliau. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Anwar  berkata, Program 10 Juara Bumiputera diteruskan dengan peruntukan RM40 juta bagi membangunkan 15 syarikat berpotensi menjelang 2027. 

-- BERNAMA