BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak bulan semasa Oktober 2026 susut kepada US$4,184.80 setiap auns troy daripada US$4,196.10 pada Jumaat lepas manakala November 2026 turun kepada US$4,201.50 setiap auns troy daripada US$4,212.40.

Selain itu, Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing berkurangan kepada US$4,218.00 setiap auns troy daripada US$4,228.90 pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 116 lot daripada 79 lot pada Jumaat dan kepentingan terbuka menokok kepada 193 kontrak daripada 161 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,124.55 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang oleh London Bullion Market Association setakat 9 Okt, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner