BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | 

Belanjawan 2027: Galakan Cukai GSH Dicadang Semak Semula Bagi Perkukuh Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Galakan cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) dicadangkan disemak semula untuk memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi hab perkhidmatan global dan menarik aktiviti pengurusan perbendaharaan.

GSH diberikan kepada syarikat yang menjadikan Malaysia sebagai hab perkhidmatan bernilai tinggi seperti mengurus, mengawal dan menyokong fungsi utama perniagaan.  

Dalam dokumen Langkah Cukai Belanjawan 2027, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan semakan semula itu melibatkan syarikat baharu yang tidak pernah menjalankan aktiviti GSH atau Hab Prinsipal (PH).

Ad Banner

“Ia juga meliputi syarikat sedia ada yang pernah diluluskan galakan cukai GSH atau PH dan syarikat yang akan menjalankan perkhidmatan tambahan baharu untuk permohonan lanjutan.

“Pendapatan asas bagi syarikat sedia ada adalah purata pendapatan untuk tempoh tiga tahun terakhir,” tambahnya.

MoF turut menjelaskan bahawa kadar cukai bagi syarikat baharu ke atas pendapatan GSH ialah lima peratus, manakala bagi syarikat sedia ada, kadar cukai ditetapkan pada 15 peratus bagi pendapatan yang kurang daripada atau sama dengan pendapatan asas dan lima peratus untuk pendapatan yang melebihi pendapatan asas.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya, tempoh insentif diberikan bagi setiap lima tahun sehingga maksimum 30 tahun, tertakluk kepada prestasi dan komitmen syarikat sepanjang tempoh insentif terdahulu serta komitmen untuk tempoh seterusnya.

Antara perkhidmatan yang layak menerima insentif itu ialah unit pengurusan perniagaan/untung rugi serantau, perancangan perniagaan strategik dan pembangunan korporat.

“Syarikat juga dikehendaki melaksanakan sekurang-kurangnya dua aktiviti perkhidmatan tambahan, termasuk perkhidmatan strategik atau perkhidmatan perniagaan termasuk Pengurusan Dana Perbendaharaan (TFM) atau perkhidmatan perkongsian.

“Insentif tambahan turut diberikan kepada Syarikat GSH yang menjalankan aktiviti TFM, termasuk pengecualian cukai pegangan ke atas faedah yang dibayar kepada bukan pemastautin serta pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus bagi perjanjian pinjaman antara syarikat dalam mata wang asing,” jelasnya.

-- BERNAMA