BERITA TERKINI   Istana Negara teliti inisiatif bantu remaja yang berdepan tekanan emosi, masalah kesihatan mental | Raja Permaisuri Agong zahir kebimbangan terhadap isu kesihatan mental kanak-kanak, remaja | MCMC siasat kegagalan platform media sosial sekat penstriman langsung serangan di sekolah antarabangsa di Sarawak - Fahmi | LLM, Prosignal Consortium perlu beri penjelasan terperinci berhubung masalah dihadapi pengguna aplikasi TuJu - Fahmi | KSN adakan mesyuarat bersama KSU beberapa kementerian, teliti isu penggunaan aplikasi navigasi - Fahmi | 

Operasi TSH Resources Di Indonesia Tidak Terjejas Susulan Kebakaran Hutan

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- TSH Resources Bhd hari ini memaklumkan operasi, konsesi dan aset-asetnya di Indonesia tidak terjejas susulan kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut di negara itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat minyak sawit yang beroperasi di Malaysia dan Indonesia itu menyatakan sedemikian sebagai menjawab permohonaan maklumat umum daripada pihak Singapore Exchange Ltd (SGX) menerusi pengumuman di Bursa Malaysia Securities Bhd dan SGX.

“TSH Resources tidak dinamakan atau menerima sebarang notis daripada mana-mana agensi alam sekitar berhubung kejadian jerebu rentas sempadan baru-baru ini.

Ad Banner

“Di bawah dasar sifar pembakaran yang dikuatkuasakan secara ketat oleh kumpulan, penggunaan api bagi sebarang operasi di ladang, termasuk penyediaan tanah, penanaman baharu dan penanaman semula, adalah dilarang di semua operasi kumpulan,” maklum syarikat berkenaan.

Dasar itu juga, maklumnya, mencerminkan komitmen kumpulan dalam mencegah aktiviti pembersihan tanah melalui pembakaran, selaras dengan undang-undang di Malaysia dan Indonesia.

Menurut TSH Resources, dasar berkenaan telah diterapkan dalam dasar kelestarian kumpulan sejak Mei 2009, malah terpakai kepada semua syarikat dalam kumpulan serta diperluas kepada pihak kontraktor dan pembekalnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Selaras dengan komitmen ‘Tiada Penanaman Baharu di Tanah Gambut’, kumpulan tidak melaksanakan sebarang pembangunan kawasan penanaman baharu di tanah gambut sejak tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 31 Disember 2015,” maklumnya.

Syarikat itu juga melaksanakan pelbagai langkah pencegahan dan tindak balas terhadap kebakaran dengan purata perbelanjaan tahunan dianggarkan sebanyak RM2 juta.

“Kesemua ladang kumpulan di Indonesia telah mendapat pensijilan di bawah skim Minyak Sawit Lestari Indonesia (ISPO) yang turut tertakluk kepada audit berkala oleh pihak ketiga.”

-- BERNAMA