BERITA TERKINI   Konsortium Kerjaya Prospek Group Bhd memperoleh kontrak TNB bernilai RM568.19 juta untuk membina pencawang GIS Paka di Terengganu | Malaysia gesa kerangka kawal selia AI dalam industri kreatif, pengkarya manusia jadi keutamaan - Fahmi | Malaysia gesa harta intelek diiktiraf sebagai aset boleh diterima bank untuk pertingkat ekonomi kreatif global - Fahmi | Malaysia cadang perkukuh kerjasama antarabangsa dalam penerbitan bersama, pertukaran bakat kreatif, perkongsian data - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis menjejaki penyusutan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Pada akhir dagangan hari ini, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$4,085.30 bagi setiap auns troy daripada US$4,126.10 pada Rabu manakala November 2026 berkurangan kepada US$4,101.90 daripada US$4,142.70 sebelumnya.

Selain itu, Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing menurun kepada US$4,117.90 setiap auns troy daripada US$4,158.70 sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 161 lot daripada 62 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 238 kontrak daripada 141 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,127.40 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang oleh London Bullion Market Association pada 21 Okt 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner