BERITA TERKINI   Istana Negara teliti inisiatif bantu remaja yang berdepan tekanan emosi, masalah kesihatan mental | Raja Permaisuri Agong zahir kebimbangan terhadap isu kesihatan mental kanak-kanak, remaja | MCMC siasat kegagalan platform media sosial sekat penstriman langsung serangan di sekolah antarabangsa di Sarawak - Fahmi | LLM, Prosignal Consortium perlu beri penjelasan terperinci berhubung masalah dihadapi pengguna aplikasi TuJu - Fahmi | KSN adakan mesyuarat bersama KSU beberapa kementerian, teliti isu penggunaan aplikasi navigasi - Fahmi | 

Exsim Hospitality Raih Subkontrak RM13.49 Juta.

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Exsim Hospitality Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM13.49 juta daripada Binastra Builders Sdn Bhd bagi membekalkan, membuat, menghantar dan memasang kerja-kerja pertukangan kayu.

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu memaklumkan anak syarikat milik penuhnya, Exsim Concepto Sdn Bhd, menerima surat anugerah (LOA) hari ini bagi pelaksanaan kerja subkontrak berkenaan mengikut jadual pelaksanaan kontrak utama yang disediakan oleh Binastra Builders.

Menurut syarikat itu, kontrak utama berkenaan bermula pada 9 Dis 2024 dan dijadualkan siap pada 8 Jun 2028, dengan tempoh pelaksanaan selama 42 bulan.

Ad Banner

Sementara itu, tempoh tanggungan kecacatan ialah 27 bulan dari tarikh sijil siap kerja praktikal bagi kerja yang telah disiapkan atau sehingga semua kecacatan dibaiki, mengikut mana-mana yang terkemudian.

“Penerimaan LOA itu dijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan nisbah penggearan syarikat sepanjang tempoh pelaksanaan kerja subkontrak yang diberikan itu,” menurutnya.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner