Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Pada Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada sesi awal dagangan hari ini.
Pada 9.40 pagi, kontrak Oktober 2026 meningkat 3.5 mata kepada 1,609.0 mata, November 2026 naik 4.0 mata kepada 1,611.0 mata, Disember 2026 meraih 3.5 mata kepada 1,617.0 mata manakala kontrak Mac 2027 menokok 4.0 mata kepada 1,600.0 mata.
Jumlah dagangan sebanyak 1,610 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 40,075 kontrak.
Selepas 52 minit dagangan dijalankan, FBM KLCI meningkat sebanyak 0.19 mata kepada 1,608.33 mata berbanding paras penutup Khamis pada 1,608.14 mata.
-- BERNAMA