Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Berpilih Saham Wajaran Tinggi
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat susulan aktiviti belian terpilih dalam saham wajaran tinggi yang membantu mengimbangi sentimen berhati-hati menjelang hujung minggu, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.42 mata atau 0.21 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya, iaitu 1,611.56,daripada paras 1,608.14 pada Khamis.
Indeks tersebut, yang dibuka rendah turun 0.51 mata kepada 1,607.63, mencecah paras terendah intra harinya pada 1,604.38 semasa sesi dagangan menjelang tengah hari.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 529 berbanding 528, manakala 532 kaunter tidak berubah, 1,312 kaunter tidak diniagakan, dan 16 kaunter digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.18 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 2.89 bilion unit bernilai RM2.69 bilion pada Khamis.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran kekal rapuh susulan penurunan di Wall Street yang diterajui saham teknologi, dengan indeks Nasdaq jatuh sebanyak 2.6 peratus semalaman di tengah-tengah kebimbangan yang tercetus semula berhubung pembiayaan dan keuntungan pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI).
“Di pasaran saham tempatan, kami melihat keupayaan FBM KLCI untuk kekal di atas paras 1,600 sebagai satu petanda yang menggalakkan, walaupun keyakinan untuk membeli masih sederhana,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank melonjak sembilan sen kepada RM10.06, Public Bank naik empat sen kepada RM7.50, TNB meningkat enam sen kepada RM13.30, CIMB kekal tidak berubah pada RM7.15, manakala IHH Healthcare menyusut sembilan sen kepada RM7.90.
Dalam kalangan saham aktif, Zetrix AI naik 2.5 sen kepada 7.5 sen, Top Glove meningkat empat sen kepada 92 sen, Ni Hsin menokok tiga sen kepada 49 sen, VS Industry kekal tidak berubah pada 33 sen, manakala CBH Engineering berkurangan empat sen kepada 90.5 sen.
Dalam kalangan kaunter paling untung, Nestle meningkat 58 sen kepada RM89.54, Kuala Lumpur Kepong naik 22 sen kepada RM20.52, Hong Leong Industries menambah 18 sen kepada RM16.30, dan Petronas Chemicals menokok 16 sen kepada RM4.65.
Dalam kalangan saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries dan Hong Leong Bank susut 30 sen masing-masing kepada RM40.00 dan RM21.20, Press Metal turun 21 sen kepada RM6.73 manakala Genting Plantations berkurangan 18 sen kepada RM5.11.
Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 mengukuh sebanyak 51.96 mata kepada 17,170.33, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 11.59 mata kepada 11,943.57, Indeks FBM Emas naik 28.95 mata kepada 11,993.45, Indeks FBM Top 100 menokok 27.78 mata kepada 11,797.61 manakala Indeks FBM ACE menambah 22.64 mata kepada 5,346.14.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.05 mata kepada 175.40, Indeks Tenaga mengukuh 2.87 mata kepada 834.67, Indeks Perladangan meningkat 14.80 mata kepada 8,677.48, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 49.32 mata kepada 18,654.32.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.69 bilion unit bernilai RM2.18 bilion daripada 1.41 bilion unit bernilai RM2.37 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran naik kepada 1.05 bilion unit bernilai RM135.55 juta daripada 941.91 juta unit bernilai RM115.13 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 432.38 juta unit bernilai RM153.16 juta daripada 544.11 juta unit bernilai RM206.25 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 204.40 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (281.01 juta), pembinaan (112.14 juta), teknologi (545.95 juta), perkhidmatan kewangan (55.76 juta), hartanah (116.65 juta), perladangan (31.08 juta), amanah pelaburan hartanah (15.77 juta), dana tertutup (45,500), tenaga (88.63 juta), penjagaan kesihatan (118.28 juta), telekomunikasi dan media (30.44 juta), pengangkutan dan logistik (50.02 juta), utiliti (44.23 juta) serta amanah perniagaan (208,200).
-- BERNAMA