BERITA TERKINI   TuJu mohon maaf kepada pengguna yang alami gangguan pada fungsi navigasi sejak beberapa hari lalu | Istana Negara teliti inisiatif bantu remaja yang berdepan tekanan emosi, masalah kesihatan mental | Raja Permaisuri Agong zahir kebimbangan terhadap isu kesihatan mental kanak-kanak, remaja | MCMC siasat kegagalan platform media sosial sekat penstriman langsung serangan di sekolah antarabangsa di Sarawak - Fahmi | LLM, Prosignal Consortium perlu beri penjelasan terperinci berhubung masalah dihadapi pengguna aplikasi TuJu - Fahmi | 

Zetrix AI Menamakan Semula Jawatan Norraesah Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd mengumumkan menerusi makluman kepada Bursa Malaysia penukaran jawatan Datuk Dr Norraesah Mohamad daripada pengerusi eksekutif kepada pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Saham Zetrix AI mencatatkan momentum kukuh di bursa tempatan hari ini apabila kaunter tersebut melonjak 50 peratus atau 0.025 sen untuk ditutup pada 0.075 sen, dengan jumlah dagangan sebanyak 392.8 juta unit.

Menerusi satu lagi makluman kepada bursa tempatan syarikat itu memaklumkan tiada resolusi dicapai semasa mesyuarat pemegang Sukuk yang diadakan hari ini berhubung kemungkinan pelanggaran kovenan di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk Wakalah) miliknya, yang bernilai nominal sehingga RM2 bilion.

Ad Banner

Justeru, syarikat itu akan mengatur satu lagi mesyuarat pemegang Sukuk susulan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

"Syarikat akan membuat pengumuman lanjut mengenai sebarang perkembangan penting selaras dengan obligasi pendedahannya," maklum Zetrix AI.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner