Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Sedikit
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, seiring dengan prestasi di pasaran tunai.
Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 dan November 2026 mengukuh dua mata masing-masing kepada 1,607.5 dan 1,609.0. Kontrak Disember 2026 naik 1.5 mata kepada 1,615.0, manakala kontrak Mac 2027 meningkat 3.5 mata kepada 1,599.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 6,616 lot daripada 4,927 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 44,683 kontrak daripada 43,345 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 3.42 mata atau 0.21 peratus untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya iaitu 1,611.56, daripada paras 1,608.14 pada Khamis.
-- BERNAMA