BERITA TERKINI   Adinda Sultan Terengganu,Tengku Baderul Zaman mangkat pada 1.20 pagi tadi di Kuala Lumpur - Dato’ Pengelola Bijaya Diraja | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.

Seorang penganalisis menjangka FBM KLCI diniagakan melepasi paras 1,600 mata minggu depan, disokong oleh momentum belian yang sederhana.

Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan FBM KLCI diniagakan kebanyakannya tinggi sejajar dengan kenaikan sederhana dalam kadar asas pasaran tunai. 

Ad Banner

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak Oktober 2026 dan November 2026, masing-masing naik 8.0 mata kepada 1,607.5 dan 1,609.0.

Kontrak Disember 2026 meningkat 8.5 mata kepada 1,615.0 dan Mac 2027 menambah 7.5 mata kepada 1,599.5.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 33,884 lot daripada 33,167 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menurun kepada 44,683 kontrak daripada 47,020 kontrak sebelum ini. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI meningkat 3.80 mata kepada 1,611.56 daripada 1,607.76 minggu lepas.

-- BERNAMAs