BERITA TERKINI   PM Anwar tekad bertindak tegas terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing | Kes Laskar Kanan Maritim meninggal dunia: PM Anwar kecewa dengan tindakan pihak yang menggugat keselamatan serta kedaulatan negara | PM Anwar zahir dukacita atas pemergian Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi yang terkorban semasa jalankan tugas halang kemasukan pendatang asing | PM Anwar mahu seluruh pasukan penguatkuasaan bertindak tegas tanpa kompromi terhadap cubaan menceroboh sempadan negara | Tanah runtuh Paya Terubong: Pemilik tanah dan pemaju perlu bertanggungjawab, MBPP bentang laporan lengkap dalam dua hari - Chow | 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan semalam.

Pada 5 petang ini, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.49 mata atau 0.47 peratus kepada 1,611.85 daripada penutupan dagangan semalam di paras 1,604.36.

Ad Banner
Ad Banner

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.98 mata kepada 1,607.34 dan diniagakan dalam pergerakan 1,606.14 hingga 1,611.94 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Pasaran meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 683 berbanding 380, sebanyak 571 kaunter tidak berubah, 1,259 kaunter tidak diniagakan manakala dagangan 52 kaunter digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.37 bilion unit bernilai RM3.10 bilion berbanding 2.90 bilion unit bernilai RM2.15 bilion pada Isnin.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI kekal dinilai pada paras menarik, disokong oleh asas ekonomi domestik yang berdaya tahan.

“Kami melihat wujudnya peluang untuk pengumpulan secara berperingkat yang membabitkan saham mewah dengan asas-asas kukuh berikutan pembetulan harga baru-baru ini.

“Namun, pemulihan pasaran dihadkan oleh faktor seperti tekanan jualan berterusan oleh pelabur asing, mudah tunai pasaran yang suram serta ketidaktentuan menjelang keputusan dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan pengumuman pendapatan syarikat teknologi utama,” katanya kepada Bernama.

Berikutan itu, beliau menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam fasa konsolidasi yang cenderung mencatat peningkatan kecil dalam julat 1,600 hingga 1,630 mata bagi tempoh berbaki minggu ini.

Sementara itu, saham wajaran tinggi YTL Power International meraih 14 sen kepada RM5.10, YTL Corporation menokok sembilan sen kepada RM2.05, Tenaga Nasional meningkat dua sen kepada RM13.30 manakala Maybank dan CIMB masing-masing naik satu sen kepada RM9.99 dan RM7.11.

Bagi saham paling aktif, Zetrix AI dan V.S Industry masing-masing meningkat satu sen kepada 8.5 sen dan 34.5 sen, Top Glove naik 3.5 sen kepada 96.5 sen, Ni Hsin menambah tiga sen kepada 50.5 sen ketika Velesto Energy susut setengah sen kepada 19.5 sen.

Nestle mendahului kaunter paling untung apabila melonjak RM4.02 kepada RM94.28, Malaysian Pacific Industries meraih 72 sen kepada RM41.30, UMS Integration menokok 38 sen kepada RM7.58, Telekom Malaysia menambah 23 sen kepada RM8.05 manakala Kee Ming naik 20 sen kepada RM2.68.

Kaunter paling rugi dibarisi oleh Fraser & Neave yang merosot 32 sen kepada RM19.68, PPB Group rugi 22 sen kepada RM8.80, United Plantations menguncup 20 sen kepada RM29.70, Bintulu Port turun 15 sen kepada RM5.20 manakala Hong Leong Financial Group kehilangan 14 sen kepada RM17.36.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas melonjak 62.29 mata kepada 12,039.29 manakala Indeks FBM Top 100 menokok 59.59 mata kepada 11,834.53.

Indeks FBM Mid 70 naik 106.58 mata kepada 17,370.12, Indeks FBM Emas Syariah menokok 74.94 mata kepada 12,049.73 manakala Indeks FBM ACE menambah 24.97 mata kepada 5,418.63.

Bagi sektor pula, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.50 mata kepada 176.91, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 27.17 mata kepada 18,601.03, Indeks Perladangan menokok 30.29 mata kepada 8,654.26 dan Indeks Tenaga susut 2.99 mata kepada 845.74.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama bertambah kepada 1.99 bilion unit bernilai RM2.81 bilion daripada 1.46 bilion unit bernilai RM1.88 bilion pada Isnin.

Bagaimanapun, waran berkurangan kepada 952.13 juta unit bernilai RM113.35 juta berbanding 1.0 bilion unit bernilai RM119.65 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menguncup kepada 433.23 juta unit bernilai RM181.44 juta daripada 441.55 juta unit bernilai RM148.63 juta pada Isnin.

Prestasi kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatat dagangan sebanyak 271.19 juta saham di Pasaran Utama dan diikuti oleh produk dan perkhidmatan perindustrian (283.06 juta), pembinaan (120.64 juta), teknologi (531.41 juta), perkhidmatan kewangan (82.10 juta), hartanah (158.69 juta), perladangan (48.78 juta), amanah pelaburan hartanah (15.13 juta), dana tertutup (62,600), tenaga (142.93 juta), penjagaan kesihatan (157.22 juta), telekomunikasi dan media (45.81 juta), pengangkutan dan logistik (59.33 juta), utiliti (69.63 juta) serta amanah perniagaan (62,300).

-- BERNAMA