BERITA TERKINI   Tenaga Nuklear: Malaysia ambil pendekatan berhati-hati dalam campuran tenaga masa hadapan - Chang | Pemberian diskaun tol libatkan pampasan RM20.11 juta kepada syarikat konsesi, ditanggung kerajaan - Nanta | Diskaun tol 50 peratus dari 6 hingga 7 Nov sempena sambutan Deepavali - Nanta | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada awal dagangan hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak November 2026 meningkat 13.5 mata kepada 1,628.5, Disember 2026 dan Mac 2027 masing-masing naik 14.0 mata dan 12.0 mata kepada 1,629.5 dan 1,609.5 manakala Jun 2027 pada 1,597.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,101 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,706 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Selepas 55 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 18.41 mata kepada 1,634.97 berbanding 1,616.56 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA 

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner