BERITA TERKINI   PRN Melaka: 80.01 peratus pengundi awal keluar mengundi setakat 12 tengah hari - SPR | Polis tahan tujuh individu kes pecah masuk premis pajak gadai babit kerugian RM28.4 juta di Kota Tinggi, Johor | Malaysia perlu membangunkan keupayaan teknologi sendiri dalam bidang pembinaan modular dan percetakan 3D, bukan sekadar bergantung pada teknologi asing – PM Anwar | Kontraktor tempatan dan PKS tidak boleh ketinggalan dalam peralihan Malaysia ke arah robotik, reka bentuk digital dan automasi - PM Anwar | Projek mega dan bangunan perlu mengambil kira kebajikan serta keperluan masyarakat bagi mengelakkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati – PM Anwar | 

Malaysia Antara Tiga Pasaran Asia Catat Aliran Masuk Bersih Asing, Tarik US$381.3 Juta

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi asing meneruskan trend pembelian bersih di Bursa Malaysia selama dua minggu berturut-turut, meneruskan aliran masuk bersih sebanyak US$381.3 juta (US$1=RM4.05), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Dalam laporan aliran dana mingguannya pada minggu berakhir 6 November, MBSB memaklumkan institusi asing merupakan pembeli bersih sepanjang lima hari dagangan, dengan aliran masuk tertinggi dicatatkan pada Selasa sebanyak RM152.4 juta, diikuti Isnin (RM102.5 juta), Khamis (RM55.0 juta), Jumaat (RM40.6 juta) dan Rabu (RM30.8 juta).

“Tiga sektor utama dengan aliran masuk bersih daripada institusi asing ialah perkhidmatan kewangan (RM249.5 juta), pengangkutan dan logistik (RM199.8 juta) dan pembinaan (RM191.4 juta),” menurutnya.

Ad Banner
Ad Banner

Bank pelaburan itu memaklumkan tiga sektor utama dengan aliran keluar bersih asing ialah teknologi (RM221.5 juta), perladangan (RM126.7 juta) serta produk dan perkhidmatan perindustrian (RM59.8 juta).

Menurutnya, di peringkat domestik, institusi tempatan meneruskan penjualan bersih bagi minggu kedua berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih berjumlah RM621.0 juta manakala pelabur runcit meneruskan pembelian bersih bagi minggu ke-11 berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM239.7 juta.

MBSB IB memaklumkan purata jumlah dagangan harian meningkat merentasi semua kategori pelabur, dengan pelabur runcit meningkat sebanyak 5.6 peratus, institusi tempatan 17.6 peratus dan institusi asing sebanyak 16.8 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya, di peringkat serantau, pelabur asing meneruskan penjualan bersih melibatkan lapan pasaran Asia untuk enam minggu berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak US$19.54 bilion. 

MBSB memaklumkan penjualan bersih itu diterajui oleh Taiwan, Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan Indonesia manakala India, Malaysia dan Filipina mencatatkan aliran masuk bersih.

-- BERNAMA