Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Aset Selamat
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas dipacu oleh permintaan aset selamat walaupun menyaksikan prestasi lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).
Pada penutupan, kontrak bulan semerta November 2026 meningkat kepada US$4,099.20 setiap auns troy daripada US$4,087.60, manakala Disember 2026 menokok kepada US$4,114.80 daripada US$4,103.20.
Januari 2027, Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 melonjak kepada US$4,115.90 setiap auns troy daripada US$4,104.30.
Jumlah dagangan kekal tidak berubah pada 103 kontrak, manakala kepentingan terbuka susut kepada 159 kontrak berbanding 177 kontrak sebelumnya.
Berdasarkan penetapan tengah hari 9 Nov 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal berada pada paras US$4,117.00 setiap auns troy.
-- BERNAMA