BERITA TERKINI   Pindaan Akta Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, Akta Sistem Insurans Pekerjaan akan dibawa ke Parlimen Disember ini - Ramanan | PMKS perlu kembangkan perniagaan agar dapat menawarkan pekerjaan berkemahiran, gaji lumayan berdasarkan produktiviti yang tinggi - Akmal Nasrullah | Memperkukuh pembaharuan struktur bukan satu pilihan namun merupakan keperluan bagi mencapai pertumbuhan mampan dan mewujudkan pekerjaan yang lebih baik -- Bank Dunia | Prospek ekonomi Malaysia bagi separuh kedua 2026 kekal positif, dengan permintaan domestik terus disokong oleh peningkatan guna tenaga, sokongan fiskal bersasar, serta aktiviti pelaburan yang berterusan -- Bank Dunia | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini di tengah-tengah pengambilan untung berikutan kenaikan baru-baru ini, walaupun terdapat peningkatan di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Pada penutupan, kontrak bulan semerta November 2026 susut kepada US$4,058.40 setiap auns troy daripada US$4,099.20 semalam, manakala Disember 2026 menurun kepada US$4,074.10 daripada US$4,114.80.

Januari 2027, Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 jatuh kepada US$4,075.20 setiap auns troy daripada US$4,115.90.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan melemah kepada 46 lot berbanding 103 lot yang dicatatkan pada hari Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 103 kontrak daripada 159 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari 10 Nov 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,050.90 setiap auns troy.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner