Niaga Hadapan KLCI Dijangka Menjejaki Pemulihan Pasaran Tunai Minggu Hadapan
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menjejaki pasaran tunai asas, dengan pemulihan berterusan dijangka minggu hadapan.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa beliau menjangkakan FBM KLCI akan didagangkan dalam jajaran 1,580 hingga 1,600, dengan pengumpulan terpilih berpotensi menyokong lantunan teknikal.
Pada minggu yang baru berakhir, niaga hadapan FBM KLCI didagangkan kebanyakannya rendah sejajar dengan pasaran tunai asas.
Dari Jumaat ke Jumaar, kontrak November 2026 turun 35.0 mata kepada 1,579.5, Disember 2026 susut 36.5 mata kepada 1,580.0, Mac 2027 merosot 36.0 mata kepada 1,563.0 dan Jun 2027 jatuh 33.5 mata kepada 1,565.3.
Jumlah dagangan mingguan mengecil kepada 37,683 lot berbanding 39,792 lot yang dicatatkan pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 43,006 kontrak daripada 45,731 kontrak.
Dari Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI kehilangan 33.99 mata kepada 1,582.59 daripada 1,616.58 minggu sebelum ini.
-- BERNAMA